PENSIJILAN HALAL
Semua produk kami disahkan Halal, Kami memastikan ia memenuhi keperluan dan peraturan yang diperlukan untuk semua orang muslim. Kami sangat berhati-hati dalam memilih setiap bahan yang digunakan adalah daripada sumber yang bersih, segar dan halal sepenuhnya. Kami sangat komited dalam memastikan produk kami adalah berlandaskan syariat Islam dan anda boleh mempercayai kualiti dan ketulenan produk kami. Kami mengutamakan sumber daripada pembekal yang boleh dipercayai dan bereputasi. Kami memahami kepentingan mematuhi amalan halal, dan kami berhasrat untuk menyediakan rangkaian produk halal yang pelbagai untuk memenuhi keperluan pelanggan kami. Dengan proses pemilihan kami yang ketat, anda tidak perlu bimbang dengan produk kami, setiap produk yang anda beli adalah sesuai untuk dimakan mengikut garis panduan pemakanan Islam. Kami amat berbangga untuk memberi tahu bahawa Samahah adalah syarikat yang dimilik bumiputra muslim.
SIJIL MESTI
Syarikat Samahah adalah syarikat yang ditauliahkan dengan sijil MeSTI iaitu Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI).. Ini memastikan kami merupakan syarikat yang memenuhi keperluan minima yang diperuntukkan di dalam PPKM 2009. Skim Pensijilan MeSTI adalah satu skim yang dijenamakan semula bagi menggantikan Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia (SK1M). Melalui pensijilan MeSTI, premis pengilangan makanan kami telah dibimbing dalam membangun dan melaksanakan Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM). Dengan ini anda tidak perlu bimbang tentang kualiti kebersihat dan keselamatan produk kami dalam menyediakan stiap satu produk kami.
SIJIL PENDAFTARAN MYFOOD TAG
Syarikat Sahamhah merupakan syarikat yang berdaftar dibawah MYFOODTAG dibawah penyeliaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ini merupakan bukti yang syarikat kami memenuhi syarat yang di peruntukkan oleh KKM dalam setiap produk yang dihasilkan.
Contacts
admin@samahah.com
+6019-885 5573
Socials
Syarikat Samahah
Ground Floor, Lot 14324 Matang Ria Shopping Centre, Jalan Matang 93050,
Kucing Sarawak